Sejarah penubuhan Azam Achievers Management (AAM) bermula pada tahun 2006.Beroperasi sebagai pusat takaful setempat yang terbesar di Perak yang telah memberikan perkhidmatan kepada lebih dari 15,000 pelanggan di seluruh negara. Syarikat ini beroperasi di Station 18 Pengkalan Ipoh, Perak dan juga mempunyai beberapa cawangan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Terengganu, dan Sabah. Kami mempunyai kepakaran lebih dari 15 tahun dalam pengurusan risiko dan kewangan berlandaskan syariah dan merupakan agensi yang terbaik di Malaysia di bawah naungan syarikat Etiqa takaful Berhad.
Azam Achievers Management (AAM) merupakan agensi yang berdaftar dengan Malaysian Takaful Association (MTA) di bawah pengawasan Bank Negara. AAM juga bergerak seiringan dengan rakan perniagaannya.